Thursday, February 26, 2009

Berdasarkan analisa pencapaian Khatam Al-Quran dan Iqra' 2008, pihak j-QAF SK KEDAWANG memikirkan perlunya ada penambahan serta penambahbaikan program2 peningkatan bagi mengurangkan jumlah murid yang masih di Iqra 1, 2 dan 3. 

Bagi tahun 2008 kita telah melaksanakan beberapa program peningkatan antaranya Kelas Literasi Al-Quran yang diadakan setiap hari Khamis bagi membantu murid2 Iqra 1, 2 dan 3. Selain itu program Sahabat Bantu Rakan juga banyak membantu mengurangkan peratusan murid yang lemah dalam Iqra'. Kesungguhan murid2 turus membantu rakan2 mereka yang lemah Iqra sangat memberi motivasi kepada guru2 untuk meneruskan program ini dan insyaallah menambaik program ini pada masa akan datang.

Sesungguhnya motivasi para guru untuk meningkatkan pencapaian khatam al-Quran di kalangan murid SK Kedawang semakin kuat dan kukuh. InsyaAllah dengan sokongan kuat warga SK Kedawang terutamanya para waris akan lebih memberi kekuatan kepada kami untuk merealisasikannya.